Aug 3, 2004

Pagi yang indah...

Aku berjalan dengan deras ke library pagi ni..berbaju biru,bertudung biru,bawa beg biru..semuanya BIRU! Aku cinta sama kau biru..heheh! Taknak merepek..nak cite pasal presentation BM tadi.

Alhamdulillah,tak sesia aku lepak bilik Sandra semalam. Aku doklah fikir-fikir camne nak buat outline yang sesuai buat aku dan Sandra agar persembahan kami nanti kelihatan sempurna. Lewat pagi (kol 2 kot) barulah aku tido..sempat lagik main game kat laptop Sandra. Yang kelakarnye,aku sempat lagik pasang channel IKIM kat bilik Sandra. Sian member tu..last-last dia tanye, "bleh tukarkah?" Hehe..tentulah bleh..tu kan bilik dia. Tentulah dia tak paham ngan lagu Hakikat Bahagia yg aku nyanyikan..sian Sandra.Sorry ye :p

Aku menjalankan tugas yang diberi sebagai wartawan dan pengantara dlm satu rancangan forum. Ermm..aku puas hati gak. Nak berkomunikasi bukanlah sesuatu yang mudah jika tiada teknik dan isi yang baik. Untuk dapatkan mood, aku cuba membayangkan keadaan aku semasa jadi fasi yang bercakap dengan ratusan pelajar. Kalo mase tu bleh kawal, InsyaAllah the next time aku pasti bleh. Demi hari, aku akan cuba yang terbaik dan mensudikan diri utk belajar tentang perkara baru. Kehidupan ni memerlukan kita belajar banyak benda,isn't it ? Oklah..chiow!

No comments: